Bilik air ruang paling peribadi yang asas kegunaannya untuk membersihkan diri, juga ruang yang boleh dikatakan paling kecil dalam rumah tetapi mempunyai fungsi besar kepada penghuni memulakan hari mereka.
Saiz bilik air yang agak terhad ada kala menimbulkan kesulitan kepada penghuni, namun ada beberapa idea boleh membantu menjadikan ruang itu kelihatan luas. Bilik mandi utama biasanya bergabung dengan ruang tidur utama, dibina dan direkabentuk lebih luas dengan kelengkapan dan kemudahan secukupnya. Ruang basah disediakan untuk mandi secara pancuran dan diasing daripada tab mandi. Tab mandi juga ada kala dipelbagai dengan mandi pancuran. Bagi mereka yang mahu keselesaan dan dimanjakan ketika mandi, peralatan mandi secara jakuzi adalah menyeronokkan.
Contoh bilik air yang luas lengkap dengan tup mandi
Terdapat beberapa saiz dan ukuran bilik air sebagai panduan dan pilihan anda untuk menentukan saiz dan susunatur peralatan yang sesuai. Susunatur ini mengambilkira faktor ergonomik persekitaran, ruang dan kebolehgunaan pengguna serta mengendalikan semua peralatan dalam bilik air berdasarkan ciri-ciri fisiologi manusia.
Contoh ukuran bilik air dan susunatur peralatan.
1. Bilik air berukuran 3800mm x 1520mm |
2. Bilik air berukuran 2400mm x 1520mm |
3. Bilik air berukuran 2400mm x 1730mm |
4. Bilik air berukuran 2620mm x 2200mm |
5. Bilik air berukuran 1520mm x 1420mm |
6. Bilik air berukuran 1830mm x 910mm |
7. Bilik air bagi kegunaan orang berkerusi roda |
Kami senaraikan 7 perkara yang perlu diambil kira dalam membentuk susunatur bilik air dan kemudahan yang perlu ada :
1) Ruang bebas antara lekapan, lekapan dengan permukaan dinding penting bagi pergerakan selesa dan selamat di sekitar ruang bilik air.
2) Keluasan dinding bagi kerja paip perlu mempunyai ukuran dalam yang mencukupi untuk memuatkan paip bekalan air, paip sisa dan paip bolong.
3) Bilik air yang mendapat pencahayaan semulajadi adalah lebih baik.
4) Pengudaraan semulajadi atau secara mekanikal melalui dinding atau siling diperlukan untuk mengurangkan tahap kelembapan dan faktor kesihatan serta keselesaan penggunanya.
5) Pemilihan bahan lekapan haruslah rintang lembapan, kalis air, tahan lama, bersih dan mudah dicuci.
6) Kemasan lantai perlulah daripada permukaan tidak lincin.
7) Suis dan alur keluar elektrik seharusnya tidak boleh dicapai dari pancuran atau tab mandi.
Semoga perkongsian ini membantu anda mementukan saiz ukuran dan susunatur bilik air yang sesuai dengan pergerakan dan kegunaan semua ahli keluarga.