CONTOH PELAN BANGLO IDAMAN DALAM FORMAT AUTOCAD (DWG) .

(PAKEJ D)

 

Pakej D, apa yang akan anda miliki dengan membeli pelan banglo idaman dalam format AutoCAD / Dwg (Rujuk slide 2- 16)?

Slide 2           :  Pelan Tapak (Site Plan) menunjukkan saiz lot, kedudukkan rumah banglo dan ukuran anjakkan/ setback .

Slide 3           :  Pelan Lantai (Ground Floor Plan) menunjukkan ukuran banglo dalam meter dan kaki serta susunatur grid bagi rujukkan pembinaan. Pelan dilengkapi dengan susunatur perabut. Kedudukkan pagar utama dan meter air, elektrik ditunjukkan dengan jelas termasuk kedudukkan tempat kebuk sampah.  Dinding diwarnakan merah dan susunatur konsep kedudukkan tiang diwarnakan hijau  bagi memudahkan jurutera membuat rekabentuk struktur tiang dan rasuk konkrit.
Petunjuk keratan A dan B pelan lantai dipotong ditunjukkan pada pelan.

Slide 4           :  Pelan Bumbung  (Roof Plan) menunjukkan rekabentuk bumbung banglo , kecerunan setiap bumbung dan kedudukan rasuk konkrit bumbung serta unjuran bumbung.
Petunjuk keratan A dan B bumbung dipotong ditunjukkan pada pelan.

Slide 5           :  Keratan (Section) A  menunjukan potongan  memanjang bagi menjelaskan ketinggian banglo, siling dan jenis kerangka bumbung digunakan. Lantai dan rasuk konkrit diwarnakan hijau serta dinding bata berwarna merah.

Slide 6           :  Keratan (Section) B  menunjukan potongan pendek bagi menjelaskan ketinggian banglo, siling dan jenis  kerangka serta kecerunan bumbung digunakan. Lantai dan rasuk konkrit diwarnakan  hijau serta dinding bata berwarna merah.

Slide 7 - 10    :  Tampak (Elevation) – 4 tampak disediakan iaitu Tampak Hadapan, Sisi Kanan, Sisi Kiri dan Belakang. Ia menunjukkan rekabentuk sekeliling fasad rumah banglo dengan elemen fasad, jenis tingkap, pintu, bentuk dan kecerunan bumbung serta ketinggian rumah banglo.

Slide 11         :  Jadual keluasan rumah banglo dan spesifikasi bahan binaan.

  1. Jadual keluasan rumah banglo akan menunjukkan luas setiap ruang dan bilik dalam meter persegi dan kaki persegi.  Jumlah keseluruhan disediakan untuk memudahkan kontraktor membuat anggaran kos rumah banglo.
  2. Spesifikasi bahan binaan akan menjelaskan cadangan bahan binaan dan jumlah keperluan pepasangan peralatan elektrik  serta  peralatan sanitari yang akan disediakan.

Slide 12 - 16 :  Percuma 4 Pandangan Perspektif - 4 pandangan perspektif bersaiz Pdf A4 diberikan percuma dalam Pakej D.

Apakah kelebihan dan kepentingan memiliki pelan rumah banglo Pakej D (dalam format DWG / AutoCAD)?

  1. Memastikan anda memperolehi rekabentuk  banglo idaman seperti di dalam laporan rekabentuk skimatik .
  2. Memudahkan anda atau pereka anda  membuat  pindaan rekabentuk asal.
  3. Pelan banglo dalam format  DWG / AutoCAD penting untuk anda serahkan kepada arkitek atau pelukis pelan berdaftar yang dilantik bagi mempercepatkan proses dan mempermudahkan kerja-kerja persediaan mengemukakan pelan banglo kepada  PBT (Pihak Berkuasa Tempatan)/ Majlis untuk mendapatkan kelulusan pelan banglo.

Pelan Banglo Popular

Pelan Banglo LD-4

Pelan Banglo LD-4

Pelan Banglo Terbaru

Pelan Banglo LD-30

Pelan Banglo LD-30

EBOOK PERCUMA

Menu---Ebook-Panduan-Beli-Pelan-Rumah-Idaman

Menu-Key--Ebook-30-Design
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday734
mod_vvisit_counterYesterday1916
mod_vvisit_counterThis Week9047
mod_vvisit_counterLast Week8037
mod_vvisit_counterThis Month25312
mod_vvisit_counterLast Month42802
mod_vvisit_counterAll Time1470754
We have: 13 guests, 1 members online
IP Anda: 54.87.134.127
 , 
Today: Dec 22, 2014
Contoh Pelan Banglo Idaman Dalam Format AutoCAD (DWG)