CONTOH LAPORAN REKABENTUK SKIMATIK RUMAH BANGLO IDAMAN ANDA .

(PAKEJ A)

 

Apa yang anda dapat di dalam Pakej A Laporan Rekabentuk Skimatik Rumah Banglo Idaman Anda?  

 Pakej A merupakan Laporan Rekabentuk Skimatik Rumah Banglo Idaman yang pelan asas dan ringkas bagi mendapatkan idea asas rumah banglo dan pakej ini   mengandungi (Rujuk slide 1 – 11) :

a.    Kulit Luar Laporan (Cover Design Report): Menunjukkan tajuk, jenis banglo, saiz lot dan jumlah bilik disediakan  serta Pakej A (Rujuk Slide 1).

b.    Pelan Tapak (Site Plan) : Menunjukkan saiz lot minima diperlukan dan  kedudukkan rumah banglo pada tapak.  Ia juga menunjukkan keluasan boleh dibina bangunan setelah mengambil kira anjakkan bangunan 6.1m (20’) depan dan 3m (10’) sisi serta belakang. Laluan masuk kereta dan kedudukannya (Rujuk Slide 2).

c.    Pelan Lantai (Ground Floor)  : Menunjukkan kegunaan setiap ruang-ruang yang disediakan dan susunatur ruang-ruang mengikut tahap pravasi serta pertalian pengunaannya. Susunatur perabut setiap bilik mengikut penggunaan untuk memastikan ruang praktikal digunakan.  Pelan yang bergrid dan berukuran minima dalam meter serta kaki. Pelan berwarna memudahkan anda memahami dan membaca pelan (Rujuk Slide 3).

d.    Pelan Bumbung (Roof Plan) :  Menunjukkan rekabentuk bumbung dan unjuran bumbung minima 600mm (2’) (Rujuk Slide 3).

e.    Tampak / Fasad (Elevation) : 4 tampak disediakan iaitu tampak hadapan (front elevation), tampak sisi kanan (right side elevation), tampak sisi kiri (left side elevation) dan tampak belakang (rear elevation).  Empat pandangan tampak menunjukkan rekabentuk setiap fasad rumah banglo dengan setiap jenis elemen fasad, tingkap, pintu dan rekabentuk bumbung  berwarna (Rujuk Slide 5 hingga 8).

f.     Perspektif Luaran (External Perspective) : Minima 2 pandangan perspektif luaran disediakan menunjukkan rekabentuk fasad dan rekabentuk bumbung dengan jelas (Rujuk Slide 2 & 10).

g.    Jadual Keluasan Rumah Banglo Dan Spesifikasi Asas Bahan Binaan (Tabulation Bungalow Floor Area And Basic Building Specification):

          i.   Jadual keluasan rumah banglo akan menunjukkan luas setiap ruang dan bilik dalam meter persegi dan kaki persegi.  Jumlah keseluruhan disediakan untuk memudahkan anda mendapatkan anggaran kos untuk membina banglo daripada kontraktor di kawasan anda.

        ii.    Spesifikasi cadangan asas bahan binaan rumah (kemasan lantai, siling dan dinding) sebagai rujukkan kontraktor untuk membuat kiraan anggaran kos kasar berdasarkan keluasan rumah.

     Rujuk Slide 11

 

8 Sebab Kenapa Anda Mesti Memiliki Laporan Rekabentuk Banglo di PelanBanglo.com Sebelum Membuat Perancangan Membina Rumah Idaman ?

1.   Mendapatkan idea, konsep dan keperluan ruang-ruang praktikal bagi rumah banglo idaman sekeluarga  dengan rekabentuk  pelan yang berkualiti.

2.   Memastikan dahulu tanah lot banglo yang dibeli boleh dan muat dibina rumah idaman anda mengikut citarasa anda sekeluarga.

3.   Mendapatkan kos anggaran awal pembinaan minima dari 3 kontraktor dengan menggunakan Laporan Cadangan Rekabentuk Skimatik Banglo bersaiz A4 atau A3  berwarna yang lengkap yang disediakan untuk anda di PelanBanglo.com sebelum mengemukakan pelan untuk kelulusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

4.   Memudahkan anda merancang sumber kewangan untuk membina rumah idaman anda berdasarkan kos anggaran diperolehi dari kontraktor menggunakan pelan banglo yang dibeli di PelanBanglo.com

5.   Menyelesaikan masalah anda susah mendapatkan perkhidmatan pereka atau arkitek berpengalaman terutama yang tinggal di kampung atau pekan-pekan kecil dan kurang berkemampuan.

6.   Idea, konsep dan pelan sedia ada tidak memenuhi keperluan serta kehendak anda sekeluarga.

7.   Mengelakkan anda membuat pindaan ketika pembinaan yang akan menyebabkan kos pembinaan bertambah dan bajet anda tidak mencukupi kerana anda tidak jelas rekabentuk sebenar kerana hanya melihat dalam bentuk 2D (pelan & tampak sahaja) tiada dalam bentuk 3D (perspektif).

 8.  Dapat menjimatkan masa, kos yang akan anda keluarkan dalam  proses mendapatkan idea dan konsep rekabentuk rumah banglo idaman anda secara konvensional.

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 Rekabentuk pelan rumah ini membolehkan setiap pemilik yang ingin membina secara berperingkat mengikut bajet.  Anda boleh bina secara berperingkat iaitu fasa pertama sehingga bahagian dapur dan 2 bilik air dahulu. Pembinaan fasa kedua adalah ruang tamu dan bilik 2 hingga bilik 4. Ruang keluarga  boleh dijadikan ruang membaca  atau bilik tambahan jika diperlukan. Ruang tamu dan ruang makan yang luas dengan konsep terbuka dapur kering. Kaunter minuman (sarapan) memisahkan ruang makan dengan dapur kering. Ruang teres 2 menjadikan tempat bersantai bersama keluarga dan ruang teres 1 bersama tetamu

Pelan Banglo Popular

Pelan Banglo LD-4

Pelan Banglo LD-4

Pelan Banglo Terbaru

Pelan Banglo LD-30

Pelan Banglo LD-30

EBOOK PERCUMA

Menu---Ebook-Panduan-Beli-Pelan-Rumah-Idaman

Menu-Key--Ebook-30-Design
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday989
mod_vvisit_counterYesterday895
mod_vvisit_counterThis Week989
mod_vvisit_counterLast Week9208
mod_vvisit_counterThis Month26462
mod_vvisit_counterLast Month42802
mod_vvisit_counterAll Time1471904
We have: 74 guests online
IP Anda: 54.227.215.139
 , 
Today: Dec 22, 2014
Contoh Laporan Rekabentuk Skimatik Banglo (Pakej A)