PREV

 

NEXT

 

Konsep Rekabentuk    :  Tropika Resort (Rumah Peranginan)

Perancangan Ruang     : Pelan rumah banglo direkabentuk dengan menerapkan konsep terbuka dan bercirikan rumah peranginan. Pintu pagar sliding disediakan untuk membolehkan 6 petak kereta parkir serentak (2 petak berbumbung). Pintu gerbang setinggi 8’(2.4m) menyambut tetamu datang yang dilengkapi kompartmen meter air, elektrik dan peti surat (lihat slide 5) . Dari parkir melalui laluan pergola untuk masuk ke ruang tamu atau ruang keluarga. Ruang tamu, makan dan dapur diasingkan dari ruang keluarga serta bilik-bilik untuk mendapatkan privasi maksimum. Setiap bilik dan ruang utama disusunatur supaya mendapatkan pencahayaan, pengudaraan dan pandangan keluar yang maksimum. Ruang tamu diasingkan dengan ruang makan, ruang keluarga oleh element ‘Courtyard’ kolam ikan. Kaunter terbuka disediakan di antara ruang makan dan dapur kering menampakan ruang lebih luas. Dari ruang makan boleh ke teres belakang dan keluar ke kolam dengan pandangan terus ke kolam dan pintu gerbang (lihat slide 6).



Keistimewaan Rekabentuk     :  Pelan rumah banglo LD-3 direkabentuk supaya 6 buah kereta boleh parkir serentak. Gerbang utama memberikan keunikan banglo sebagai mercutanda rumah menyambut tetamu. Setiap ruang utama (ruang tamu, makan dan ruang keluarga) diletakkan mengadap kolam ikan atau “courtyard”. Bilik 5 boleh dijadikan bilik belajar atau sembahyang dan bilik air 3 disediakan ruang ambil air sembahyang diluar bilik air. Kolam ikan boleh ditukarkan kepada kolam mandi mini dan kolam ikan boleh dibina di antara ruang keluarga dan bilik utama.

Perincian Pelan Banglo LD-3

Saiz lot minima (Tengah) 88’ x 90’ (26.8m x 27.4m)
Saiz lot minima (Tepi) 98’ x 90’ (29.8m x 27.4m)
Saiz rumah banglo
55’ x 68’ (16.9m x 20.7m)
Banglo setingkat 5 bilik + 1 stor + 3 bilik air
Tempat letak kereta (TLK) 2 petak + 4 terbuka
Keluasan lantai

2,434kp (226.8 mp) + 401kp (37.3mp -TLK + teres terbuka)

= 2,835 kp (264.1mp)

Ruang disediakan Ruang tamu berasingan , ruang makan, ruang keluarga, dapur basah dan kering, laluan galeri, 2 teres, kolam ikan, setor, foyer (lobi)
Bilik 1 bilik utama + 4 bilik
Bilik air 3 bilik air

Jumlah Mukasurat  Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan

Pakej A : 11 Mukasurat (3 Perspektif)
Pakej B : 26 Mukasurat (16 Perspektif)
Pakej C : 26 Mukasurat (16 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 4 Perspektif

 


 

PELAN BANGLO LD-3
Harga Beli Menggunakan E-Commerce Beli Secara Manual

PAKEJ A (PDF-A4)

RM399

Buy Now

PAKEJ B (PDF-A4)

RM799

Buy Now

PAKEJ C (PDF-A3)

RM999

Buy Now

PAKEJ D (AUTOCAD)

RM1199

Buy Now

PREV

 

NEXT

Pelan Banglo LD-3