TIPS 1 : 8 FAKTOR UTAMA PEMILIHAN TAPAK RUMAH IDAMAN ATAU LOT BANGLO.

1. Lokasi Tapak

Lokasi tapak perlu berdekatan dengan kawasan perumahan, pekan atau bandar sebab ia akan mempengaruhi nilainya pada masa akan datang. Jangan pilih lokasi berdekatan dengan kawasan industri.  Sebaiknya kaji konteks persekitaran serta pembangunan akan datang dikawasan sekitarnya.

Rajah 1 : Contoh lokasi tapak rumah banglo dengan kemudahan jalan sedia ada.

 

2. Saiz Lot Rumah Banglo

Pilih saiz lot rumah yang biasa ada dipasaran iaitu minima 40’/ 45’ X 75’/ 70’ atau 3,000kp berdasarkan saiz minima oleh Garis Panduan PBT atau Majlis.  Tapak lot rumah banglo  jangan terlalu bersegi atau berbentuk pelik.

Saiz tapak lot akan mempengaruhi luas binaan rumah banglo setelah ditolak anjakan 20’(6.1m) depan dan 10’(3.05m) sisi tepi  dan belakang.

 

Rajah 2 : Contoh saiz  lot  rumah banglo (Lot tengah & Tepi).

3. Orentasi Tapak

Orentasi lot tapak mempengaruhi rekabentuk rumah banglo.  Sebaiknya lot tapak yang lebar menghadap arah utara dan selatan.  Ia dapat mengurangkan fasad rumah banglo daripada sinaran matahari dan mengurangkan suhu didalam rumah idaman anda.

 

Rajah 3 : Tapak lot rumah banglo yang panjang menghadap arah Utara dan Selatan.


4. Insfrastruktur Sediada

Faktor paling penting ialah kemudahan insfrastruktur sediada di kawasan lot rumah yang anda ingin beli. Samada jalan, longkang, sumber bekalan air, elektrik dan telefon disediakan.  Jika semua kemudahan ini tidak terdapat di tanah lot rumah yang dibeli, anda perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk mendapatkan keperluan rumah idaman anda.

5. Konteks Persekitar

Pemandangan atau faktor persekitaran memainkan peranan ketika membuat pemilihan lot banglo.  Pemandangan menarik, faktor keselamatan dan bakal jiran-jiran anda (persekitaran) samada menghadap gunung, hutan, sungai atau bandar.  Semua ini akan  mempengaruhi susunatur ruang-ruang dan jalan masuk kereta anda.

6. Topografi Tanah

Keadaan tanah lot rumah banglo semulajadi samada rata atau ditambak.  Ia mempengaruhi jenis asas tapak (footing) rumah banglo.  Jika keadaan cerun yang landai atau melebihi 30 darjah, kos untuk pembinaan tembok (retaining wall) harus diambil kira.  Tanah lot banglo sebaiknya tinggi dari jalan utama.

7. Harga Tanah Lot

Harga tanah lot perkaki persegi harus dikaji berdasarkan harga pasaran setempat dan tidak terlalu tinggi.

8. Lawatan Tapak Lot Rumah Banglo

Sebelum membuat keputusan terakhir untuk membeli lot rumah banglo, anda haruslah membuat lawatan ke tapak rumah banglo.  Dengan melihat sendiri ke semua 7 faktor di atas, anda dapat tahu samada lot tanah tersebut memenuhi citarasa dan kehendak anda sekeluarga.

PREVtips

NEXTtips

Tips TIPS 1 : 8 FAKTOR UTAMA PEMILIHAN TAPAK RUMAH IDAMAN ATAU LOT BANGLO.