1. Dapatkan pengesahan mengenai status tanah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), samada masih berstatus kegunaan pertanian atau bangunan.
2. Pastikan belanjawan kos pembinaan keseluruhan (termasuk konsultan dan kelulusan pelan) mencukupi dan mempunyai kemampuan membayar balik kepada institusi kewangan sekiranya membuat pinjaman.
Contoh rumah banglo idaman anda (Banglo LD-2), senaraikan semua keperluan dan kehendak anda sebelum membuat keputusan untuk membina rumah sendiri
3. Dapatkan dan sediakan idea dan konsep pelan skimatik rekabentuk rumah idaman yang boleh diperolehi di www.PelanBanglo.com dan melantik arkitek atau pelukis pelan berdaftar bagi mendapatkan kelulusan pelan banglo daripada PBT. Anda juga boleh melantik arkitek atau pelukis pelan berdaftar untuk mendapatkan perkhidmatan rekabentuk hingga pembinaan tamat.
4. Lantik kontraktor berpengalaman yang boleh dipercayai untuk memastikan mereka dapat melaksanakan semua kerja dengan baik atau tidak meninggalkan kerja separuh jalan. Lakukan perjanjian kontrak secara bertulis sebelum kerja tapak dimulakan dan dipersetujui oleh kedua pihak berdasarkan pelan rekabentuk banglo idaman anda.
5. Pastikan waktu yang sesuai untuk memulakan kerja pembinaan. Jangan membina rumah di musim tengkujuh dan waktu harga barang melambung tinggi seperti kenaikan harga besi dan simen.
6. Rajin-rajinlah menjenguk kerja pembinaan dan tegur jika tidak berpuashati. Buat mesyuarat tapak 2 minggu sekali dan minta kontraktor kemukakan laporan bergambar menunjukkan proses dan status kerja di tapak.
7. Pastikan bekalan elektrik, air dan telefon (internet) siap dipasang sebelum menduduki rumah.
8. Bertanya kepada kawan-kawan atau jiran anda mengenai pengalaman mereka membuat rumah banglo idaman dari segi rekabentuk, kos, pilih kontraktor dan masalah dihadapi dari awal hingga rumah siap.