PREV

 

NEXT

Konsep Rekabentuk    :  Moden Tropikal

Perancangan Ruang     : Penekanan utama kepada rekabentuk rumah banglo LD27 adalah menjadikan semua ruang dalaman 4’ (1.2m) tinggi dari aras tanah.  Rekabentuk ini sesuai untuk tanah banglo yang rendah dari jalan utama, tanah lot sebelah dan kawasan tanah rendah yang selalu banjir kurang daripada 4’ (1.2m). Rekabentuk fasad tinggi rendah memperlihatkan banglo lebih menarik dengan menjadikan ruang tamu “double volume” (18’ tinggi siling) dan bumbung yang paling tinggi sebagai mercu tanda Pelan Banglo LD27. Ruang-ruang disusunatur mengikut tahap privasi dan ruang utama diasingkan dengan bilik-bilik.  Pintu pagar kecil disediakan untuk tetamu masuk dari pagar utama.  7 anak tangga disediakan disekeliling teres dan lobi untuk naik ke dalam rumah.  Rekabentuk tangga yang menarik memberikan  banglo kelihatan unik dan istimewa.  Ruang tamu, keluarga 1 dan ruang makan menghadap teres dan kolam mini. Kolam mini menjadi titik tumpu bagi setiap ruang sebagai elemen penyejuk.  Ruang makan berdekatan dapur kering dan dapur basah.  Kaunter dapur terbuka disediakan diantara ruang makan dan dapur kering supaya ruang lebih luas.  Bilik-bilik disusun supaya lebih privasi.  Dari ruang tamu dan ruang makan boleh keluar ke teres 1 dan teres 2 melalui pintu sorong (sliding door).  Aktiviti luaran keluarga boleh dijalankan di teres 1 dan teres 2. Tangga dan pelantar disediakan untuk menghubungkan ruang lobi dengan teres 2.


Keistimewaan Rekabentuk     :  Rekabentuk pelan rumah banglo khas untuk tanah lot yang rendah dari aras jalan atau tanah bersebelahan.  Aras lantai rumah ditinggikan 4’ (1.2m) dari aras tanah.  Ruang tamu yang luas berukuran 20’ x 20’ (6.1m x 6.1m) dengan ketinggian sliding 18’ (5.4m). ruang tamu, ruang makan, ruang keluarga berasingan dan menghadap kolam mini (kolam ikan) serta ruang teres.  Pelan rumah ini memiliki 2 ruang keluarga yang terletak di tepi kolam mini dan berdekatan dapur kering serta bilik-bilik.  Tempat letak kereta berbumbung 3 petak disediakan. Rekabentuk fasad dan bumbung tinggi dan rendah menjadikan banglo lebih menarik, istimewa dan kelihatan mewah.

 

Perincian Pelan Rumah Banglo LD-27

Saiz lot minima (Tengah) 60’ L x 130’ P (18.3m x 39.6m)
Saiz lot minima (Tepi) 70’ L x 130’ P (21.3m x 39.6m)
Saiz rumah banglo 40’ L x 85’ P (12.2m x 25.9m)
Banglo setingkat 5 bilik + 3 bilik air + 1 utiliti + 1 setor
Tempat letak kereta (TLK) 3 petak
Keluasan lantai

2,450kp (227.1 mp) + 802kp (74.3mp -TLK + teres terbuka)

= 3,252kp (301.4mp)

Ruang disediakan Ruang tamu berasingan ruang makan, 2 ruang keluarga, dapur basah dan kering, lobi, setor, 2 teres berbumbung dan kolam mini.
Bilik 1 bilik utama, 4 bilik , 1 bilik utiliti.
Bilik air 3 bilik air

Jumlah Mukasurat  Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan


Pakej A : 15 Mukasurat (6 Perspektif)
Pakej B : 32 Mukasurat (17 Perspektif)
Pakej C : 32 Mukasurat (17 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 8 Perspektif

 
PELAN BANGLO LD-27 Harga Beli Guna E-Commerce Beli Secara Manual
PAKEJ A (PDF-A4) RM499
Buy Now
Buy Now
PAKEJ B (PDF-A4) RM999
Buy Now
Buy Now
PAKEJ C (PDF-A3) RM1199
Buy Now
Buy Now
PAKEJ D (AutoCAD) RM1399
Buy Now
Buy Now

 

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 Rekabentuk pelan rumah ini membolehkan setiap pemilik yang ingin membina secara berperingkat mengikut bajet.  Anda boleh bina secara berperingkat iaitu fasa pertama sehingga bahagian dapur dan 2 bilik air dahulu. Pembinaan fasa kedua adalah ruang tamu dan bilik 2 hingga bilik 4. Ruang keluarga  boleh dijadikan ruang membaca  atau bilik tambahan jika diperlukan. Ruang tamu dan ruang makan yang luas dengan konsep terbuka dapur kering. Kaunter minuman (sarapan) memisahkan ruang makan dengan dapur kering. Ruang teres 2 menjadikan tempat bersantai bersama keluarga dan ruang teres 1 bersama tetamu
PREV

 

NEXT


PELAN BANGLO TERBARU

S0-Pelan-Rumah-Pelan-Banglo-LD-38

Pelan Banglo LD-52 (NEW)

Saiz tanah lot  : 70’L x 70’P
Banglo 1 tingkat : 5 bilik + 3 bilik air
Tempat letak kereta : 2 petak 
Luas  plan rumah    : 2,316 kp

PELAN BANGLO POPULAR

0---Pelan-Rumah-Idaman---Pelan-Banglo-LD35Pelan Banglo LD-35 (NEW)

Saiz lot minima : 60’(L) x 90’(P)
Banglo setingkat : 5 bilik + 3 bilik air
Tempat letak kereta : 3 petak 
Keluasan rumah banglo :2,333kp

Login Form

Shopping cart

Cart empty

E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click