PREV

NEXT

Konsep Rekabentuk    :  Moden Tropikal

Perancangan Ruang     : Rekabentuk rumah banglo berkonsepkan moden tropikal.  Perancangan ruang mengasingkan ruang utama (ruang tamu dan makan) dengan ruang keluarga dan bilik-bilik bagi mendapatkan tahap pravisi yang maksimum.  Pintu gerbang disediakan sebagai laluan utama tetamu atau penghuni masuk tanpa membuka pagar utama.  Pada ruang lobi disediakan ruang simpan kasut dan pintu utama 4’ lebar x 8’ tinggi memberikan impak banglo mewah.  Ruang tamu diasingkan dengan ruang makan oleh kolam ikan sebagai elemenpenyejuk yang dapat dilihat daripada kedua-dua ruang ini.  Ruang makan berdekatan dengan dapur kering (konsep terbuka) dan basah memudahkan urusan penyediaan makanan.  Ruang dobi/ ‘laundry’ berasingan disediakan untuk membasuh pakaian.  Ruang keluarga diasingkan dengan ruang makan oleh dinding kayu dekoratif.  Lima bilik disediakan iaitu 3 bilik untuk anak di tingkat bawah dan 2 bilik di tingkat atas.  Bagi ke tingkat atas penghuni menggunakan tangga yang menghadap kolam ikan yang hanya boleh dilalui dari ruang keluarga dan galeri.  Bilik utama dan bilik 2 disediakan bilik air dan balkoni secara individu.  Dua buah setor disediakan, satu dibawah tangga (kegunaan dalam rumah) dan satu lagi di tempat letak kereta (kegunaan luar rumah).  Ruang teres berbumbung disediakan di ruang tamu untuk aktiviti bersama keluarga atau tetamu.  Dua teres terbuka disediakan pada banglo LD30.  Teres terbuka pertama untuk aktiviti BBQ disediakan berdekatan ruang makan dan menghadap kolam ikan.  Teres terbuka kedua untuk kegunaan jemuran pakaian disediakan bersebelahan  bilik dobi/ ‘laundry’.  Tempat letak kereta disediakan, 2 berbumbung dan 2 terbuka dengan pintu pagar jenis sorong automatik.  Rekabentuk fasad yang bercirikan moden tropikal dengan penyediaan tingkap dan pintu bersaiz besar untuk memberikan pencahayaan dan pengudaraan yang maksimum.  Rekabentuk bumbung yang ringkas memenuhi kehendak iklim tropikal dan mudah untuk pembinaan.


Keistimewaan Rekabentuk     :  Rekabentuk fasad gabungan 2 tingkat dihadapan dan 1 tingkat dibahagian belakang, menjadikan Pelan Banglo LD30 kelihatan 2 tingkat dari pandangan hadapan. Kolam ikan menjadi titik tumpu dan elemen penyejuk kepada ruang-ruang dalaman rumah banglo.  Pengasingan ruang tamu dengan ruang makan serta bilik-bilik bagi mewujudkan tahap pravisi yang maksimum kepada bilik-bilik serta ruang keluarga.  Susunatur ruang yang menarik dan lebih praktikal.  Setiap ruang utama (ruang tamu, makan, keluarga dan dapur kering) boleh melihat kolam ikan.  Banglo ini menempatkan 5 bilik, 3 bilik ditingkat bawah dan 2 bilik ditingkat atas.  Bilik utama dibina luas, lengkap dengan bilik khas pakaian dan bilik air individu yang luas.  Disediakan 4 tempat letak kereta  (2 terbuka dan 2 berbumbung).

Perincian Pelan Rumah Banglo LD-30

Saiz lot minima (Tengah) 60’ L x 80’ P (18.2m x 24.3m)
Saiz lot minima (Tepi) 70’ L x 80’ P (21.2m x 24.3m)
Saiz rumah banglo 40’ L x 48’ P (12.2m x 14.6m)
Banglo 1 1/2 tingkat 5 bilik + 4 bilik air
Tempat letak kereta (TLK) 2 petak berbumbung + 2 petak terbuka
Keluasan lantai

2,718kp (246.9mp) + 468kp (43.5mp -TLK + teres terbuka)

= 3,186kp (290.4mp)

Ruang disediakan

Tingkat bawah : lobi, ruang tamu, ruang makan, keluarga, dapur basah dan kering, ruang basuh (yard), 3 bilik, 2 bilik air, setor, tangga, galeri, teres berbumbung, teres terbuka dan kolam ikan.


Tingkat atas : bilik utama lengkap bilik pakaian, bilik ke-2, 2 bilik air, 2 balkoni dan tangga.

Bilik 1 bilik utama, 4 bilik, 2 setor &  bilik dobi
Bilik air 4 bilik air

Jumlah Mukasurat  Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan

Pakej A : 16 Mukasurat (6 Perspektif)
Pakej B : 32 Mukasurat (15 Perspektif)
Pakej C : 32 Mukasurat (15 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 8 Perspektif

PELAN BANGLO LD-30 Harga Beli Guna E-Commerce Beli Secara Manual
PAKEJ A (PDF-A4) RM499
Buy Now
Buy Now
PAKEJ B (PDF-A4) RM999
Buy Now
Buy Now
PAKEJ C (PDF-A3) RM1199
Buy Now
Buy Now
PAKEJ D (AutoCAD) RM1399
Buy Now
Buy Now
Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 Rekabentuk pelan rumah ini membolehkan setiap pemilik yang ingin membina secara berperingkat mengikut bajet.  Anda boleh bina secara berperingkat iaitu fasa pertama sehingga bahagian dapur dan 2 bilik air dahulu. Pembinaan fasa kedua adalah ruang tamu dan bilik 2 hingga bilik 4. Ruang keluarga  boleh dijadikan ruang membaca  atau bilik tambahan jika diperlukan. Ruang tamu dan ruang makan yang luas dengan konsep terbuka dapur kering. Kaunter minuman (sarapan) memisahkan ruang makan dengan dapur kering. Ruang teres 2 menjadikan tempat bersantai bersama keluarga dan ruang teres 1 bersama tetamu
PREV

NEXT


PELAN BANGLO TERBARU

S0-Pelan-Rumah-Pelan-Banglo-LD-38

Pelan Banglo LD-52 (NEW)

Saiz tanah lot  : 70’L x 70’P
Banglo 1 tingkat : 5 bilik + 3 bilik air
Tempat letak kereta : 2 petak 
Luas  plan rumah    : 2,316 kp

PELAN BANGLO POPULAR

0---Pelan-Rumah-Idaman---Pelan-Banglo-LD35Pelan Banglo LD-35 (NEW)

Saiz lot minima : 60’(L) x 90’(P)
Banglo setingkat : 5 bilik + 3 bilik air
Tempat letak kereta : 3 petak 
Keluasan rumah banglo :2,333kp

Login Form

Shopping cart

Cart empty

E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click