Tip 22 : Penting Sangatkah Memiliki Pelan Rumah Banglo, Kenapa Ia Sangat Perlukan?

Adalah menjadi sangat penting memiliki pelan rumah lebih awal sebelum anda merancang dan seterusnya membina rumah banglo.  Ini kerana Pelan Rumah umpama Buku Panduan atau Manual bagi memastikan rumah tersebut boleh dibina mengikut idea dan konsep asal, dapat berfungsi dengan baik dan sempurna.  Ia penting memastikan supaya proses pembinaan rumah tidak tersasar dari perancangan dan bajet asal yang ditentukan atau dapat mengelakkan berlaku kos tambahan disebabkan perubahan semasa proses pembinaan.

kenapa

Memiliki pelan banglo adalah penting dan perlu disediakan lebih awal bagi menentukan dan memastikan rumah boleh dibina, menepati keperluan pemilik rumah, mengunakan kewangan yang diperuntukan dan disiapkan seperti yang di rancangkan.

Kepentingan memiliki pelan rumah banglo sebelum sebelum kerja pembinaan dibuat adalah :-

Read more ...

Tip 21 : Bagaimana Mendapatkan Susunatur Dapur Idaman Yang Praktikal Di Kediaman Anda?

Semua orang mengimpikan memiliki dapur yang cantik dan mempunyai gaya istimewa. Oleh itu anda perlu ambil perhatian terhadap beberapa faktor yang penting untuk menyempurnakan dan menyerikan dapur anda. Kali ini kami kongsikan tip mudah mendapatkan dapur idaman yang praktikal.

Pernahkan anda mendengar tentang Segitiga Dapur. Segitiga dapur yang maksudkan adalah kedudukkan sinki, dapur dan juga peti ais. Kalau kita susun ketiga-tiga barang ini di tiga bucu masing-masing, anda  akan nampak satu bentuk segitiga dalam dapur anda. Dengan adanya segitiga ini, barulah anda dapat optimumkan pergerakkan anda di dalam dapur.

 

Contoh bentuk Segitiga Dapur yang terdapat di kebanyakan dapur rumah hasil daripada susunan kedudukan 3 peralatan dapur yang penting iaitu dapur, sinki dan peti ais.

Read more ...

Tip 19 : Kepentingan Jadual Keluasan Rumah Banglo Dan Spesifikasi Bahan Binaan (Tabulation Bungalow Floor Area And Building Specification)

Setiap pelan rekabentuk rumah banglo mesti mempunyai jadual keluasan dan spesifikasi asas bahan binaan rumah banglo idaman anda. Keluasan rumah banglo penting dalam menentukan kos anggaran kasar banglo. Jadi jadual ini amat penting bagi menentukan kos anggaran awal banglo oleh kontraktor.

Tip-19--floor-area-and-building-specification-for-bungalow-LD5
Rajah 1 : Contoh jadual keluasan dan cadangan bahan binaan serta kemasan banglo  Pelan Banglo LD5.

Read more ...

TIP 18 - Rahsia Kepentingan Perspektif Atau Lukisan 3D Bagi Rumah Banglo . Kenapa Anda Perlu Mendapatkannya Bagi Setiap Pelan Banglo Idaman?

Perspektif atau lukisan 3D ( 3 dimensi) merupakan gambaran awal arkitek kepada pemilik rumah apabila rumah idaman mereka telah siap dibina.  Perspektif bermaksud gambaran atau imiginasi awal dalam bentuk lakaran manual atau berkomputer untuk menjelaskan sesuatu idea, konsep sesuatu rekabentuk sama ada rumah, bangunan, kereta atau pelbagai idea rekabentuk sebelum sesuatu  benda itu terhasil seperti perspektif tersebut.

Perspektif boleh dilakukan secara lakaran manual atau perisian grafik khas untuk membuat 3D.  Bagi lakaran manual tidak semua arkitek boleh membuatnya.  Ia memerlukan kemahiran individu semulajadi.  Tetapi bagi 3D atau perspektif menggunakan perisian komputer sesiapa pun boleh menghasilkannya, tetapi ia memerlukan asas rekabentuk rumah dan paling penting anda minat.

Tip-18---Perspective-Bungalow-1
Rajah 1 : Contoh lakaran manual perspektif rumah banglo  oleh
arkitek rekabentuk PelanBanglo.com

Read more ...

TIP 17 - Rahsia dan Kepentingan Memiliki 4 Tampak (Elevation) Bagi Pelan Rumah Banglo Idaman Anda

Pelan tampak (elevation) merupakan pandangan rumah luaran dalam bentuk 2 dimensi (2D) yang diberikan iaitu tampak hadapan, sisi kanan, sisi kiri dan belakang.  Ia menunjukkan rekabentuk luaran fasad rumah banglo dengan elemen fasad, jenis tingkap, pintu, bentuk dan kecerunan bumbung serta ketinggian rumah banglo. Setiap pemilik rumah akan mendapat gambaran dan bentuk konsep fasad rumah banglo idaman lebih jelas.

Tip-17---4-Elevation-Bungalow
Rajah 1 : Empat  jenis pandangan tampak bagi setiap pelan rumah banglo.

Read more ...

E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click