Tip 25 : Bagaimana Membaca Maklumat Geran Tanah Anda? Berapakah Ukuran Saiz Rumah Banglo Yang Boleh Dibina?

Geran tanah sangat penting bagi membantu anda memilih dan menentukan pelan rekabentuk banglo yang tepat untuk dibeli dan dibina mengikut saiz serta ukuran lot tanah anda. Ramai di antara anda yang masih tidak arif membaca ukuran tanah, lebar dan panjang lot tanah anda.  Ingat ! Keluasan tanah bukan faktor utama yang membolehkan pelan itu sesuai untuk tanah anda.  Ukuran yang penting adalah saiz Lebar  x  Panjang lot tanah sama ada dalam unit kaki atau meter.

Berikut adalah 5 langkah mudah untuk anda membaca ukuran panjang dan lebar tanah  lot anda  :

CONTOH

Contoh geran tanah Lot 7477  dan beberapa maklumat penting yang perlu anda ketahui.

Langkah 1 :
Tindakan pertama yang harus anda buat adalah melihat maklumat penting pada geran tanah anda, seperti berikut:
a)    Kegunaan tanah :  adakah tanah pertanian atau pembangunan (perumahan).
b)    Status tanah : adakah pegangan bebas (free hold) atau pajakan 99 tahun (lease hold).
c)    Kedudukan lot : adakah lot tepi atau lot tengah.
d)    Ukuran sempadan dan bearing : untuk mengesahkan ukuran saiz tanah yang betul dan tepat.
e)    Arah utara : untuk tentukan arah matahari naik atau arah kiblat

Langkah 2 : Pastikan ukuran keluasan tanah lot. Jika ukuran keluasan dalam meter persegi (446m2) bermakna ukuran sempadan lot tanah dalam ukuran meter. Kalau keluasan dinyatakan dalam kaki persegi (kp) bermakna ukuran sempadan  lot tanah anda dalam kaki.

Langlah 3 : Baca dan catatkan ukuran LEBAR(L) lot tanah yang paling pendek yang mengadap jalan (jalan masuk atau sempadan belakang). Ukuran lebar disini ialah 18.86 meter (6.221 + 12.639) dan 13.603 meter.

Langlah 4 : Baca dan catatkan ukuran PANJANG(P) lot tanah yang paling pendek yang menghadap sempadan sisi kanan atau kiri tapak. Ukuran panjang disini ialah 18.010 meter dan 24.128 meter.

Langkah 5 : Tuliskan semula ukuran sempadan tanah anda (contoh lot 7477) iaitu 18.86 meter (Lebar) x 18.010 meter (Panjang).

Berapakah ukuran saiz rumah banglo boleh dibina?
Setelah membaca maklumat geran berdasarkan 5 langkah mudah diatas (contoh lot banglo 7477) , ukuran saiz rumah boleh dibina  ialah :
a)    Status tanah adalah tanah untuk bangunan, berstatus leasehold dan kedudukannya di lot tepi (corner lot).
b)    Ukuran tanah iaitu  ukuran lebar 18.86 meter (60.89’) x  ukuran panjang 24.128 meter (79.16’).
c)    Memandangkan kedudukan tanah adalah lot tepi, jarak anjakan yang perlu diambil kira adalah  anjakkan hadapan (dari jalan) 20' (6.1m),  anjakkan tepi dan belakang 10' (3.05m), anjakkan tepi mengadap jalan 20' (6.1m) dan anjakkan tiang tempat letak kereta dari sempadan 10' (3.05m).
d)    Saiz maksimum rumah boleh dibina setelah ditolak jarak anjakan ialah 9.415 meter (30.89’) lebar x 14.98 meter (49.16’) panjang

Kami berharap Tip 25, dapat membantu anda semua mengetahui cara untuk membaca geran dan memilih bentuk serta saiz tanah lot yang betul dan tepat. Elakkan daripada membeli tanah lot yang bersegi-segi kerana ia akan menghadkan saiz rumah boleh dibina dan rekabentuk banglo serta kos pembinaan.

PREVtips

NEXTtips


E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click