PREV

NEXT

Konsep Rekabentuk    :   Moden Tropikal

Perancangan Ruang    : Rekabentuk banglo berkonsepkan moden tropikal khusus untuk tanah lot bersaiz 56’(lebar) x 72’ (panjang) dengan bajet yang minima. Konsep “Courtyard “ atau “laman terbuka” ditengah-tengah rumah diterapkan dalam susunatur ruang untuk mendapatkan pencahayaan maksimum dan interaksi antara ruang dalaman dengan luaran. Susunatur ruang memberikan tahap pravasi maksimum dengan pengasingan ruang utama (tamu, makan , dapur ) dengan ruang keluarga dan bilik-bilik. Ruang lobi menyambut tetamu datang dan mengadap kolam ikan. Ruang verandah (terrace) sebagai ruang santai bersama keluarga atau tetamu dengan “railing“ @ susur tangan setinggi paras duduk disediakan seperti konsep ruang serambi. Bumbung transperasi / lutsinar dan pergola kayu disediakan diruang lobi masuk dari laluan masuk dan tempat letak kereta (porch).

 


Keistimewaan Rekabentuk     :   Rekabentuk pelan rumah banglo LD45 berkonsepkan resort dengan mewujudkan elemen “Courtyard” atau laman terbuka (kolam ikan) ditengah-tengah rumah banglo berfungsi sebagai elemen sumber pengudaraan dan pencahayaan setiap ruang dalaman rumah. Ruang tamu direkabentuk sekali dengan ruang makan.  Ruang makan berdekatan dengan dapur memudahkan proses penyediaan dan menghidang makanan. Rumah ditinggikan 1 ½ kaki (450mm) dari aras tanah dengan 3 anak tangga. Rekabentuk bumbung dan fasad yang ringkas, praktikal serta mudah untuk dibina menepati ciri-ciri rumah beriklim tropika.

 

Perincian Pelan Rumah Banglo LD-45

Saiz tanah lot (Tengah) 56’ x 72’ (16.8m x 21.6m) 
Saiz tanah lot (Tepi) 66’ x 72’ (19.3m x 21.8m)
Saiz rumah banglo 36’ x 36’ (10.8m x 10.8m)
Banglo 1 tingkat 3 bilik + 2 bilik air
Tempat letak kereta (TLK) 2 petak 
Keluasan lantai

1,355kp (119.5mp) + 208kp (25.7mp -TLK + lobi)  

 = 1,563kp (145.2mp) 

Ruang disediakan

Ruang tamu , ruang makan, ruang keluarga, Dapur, veranda (serambi / terrace) dan lobi.

Bilik 1 bilik utama +  2 bilik 
Bilik air 2 bilik air 

Jumlah Mukasurat  Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan

Pakej A  : 12 mukasurat (4 Perspektif) 
Pakej B  : 24 mukasurat (12 Perspektif) 
Pakej C  : 24 mukasurat (12 Perspektif) 
Pakej D  : Pelan dalam format CAD/DWG  +  Percuma 6 Perspektif

PELAN BANGLO
LD-45
Harga Beli Guna E-Commerce Beli Secara Manual
PAKEJ A (PDF-A4) RM299
Buy Now
Buy Now
PAKEJ B (PDF-A4) RM599
Buy Now
Buy Now
PAKEJ C (PDF-A3) RM799
Buy Now
Buy Now
PAKEJ D (AutoCAD) RM999
Buy Now
Buy Now
PREV

NEXT

E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click